Finally semua paper tu da abis....
Lepas nie just tinggal paper OM & IA....
x sabar nak abis 9hb nie...
Nie gambar yg sempat ditangkap masa nak tunggu masuk dewan n on the way nak balik kolej.../>
Tuesday, November 3, 2009
AuDiT & SKI & TaXeS
Posted by Faryna at 8:17 PM 0 comments
Labels: FRienDsHip...
Tuesday, October 13, 2009
SeKaDaR ReNunGaN BerSaMa....(ALAM BARZAKH)
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-
a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)
Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya." (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Posted by Faryna at 12:22 AM 0 comments
Labels: UmUm....
Monday, October 12, 2009
WaKtu GeMpA BuMi vs No SuRaH Al-QuRan
Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!!! Demikian bunyi pesanan singkat yang beredar. Sesiapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah SWT. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut:
17.16 (Surah Al-Israa' Ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
17.58 (Surah Al-Israa' Ayat 58): Tidak ada sesuatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum Hari Kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di Lauh Mahfuz.
8.52 (Surah Al-Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.
Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga kejadian gempa bumi kelmarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.
Posted by Faryna at 6:36 PM 0 comments
Labels: UmUm....
Wednesday, September 16, 2009
SaLaM AiDiLFitRi MaaF ZaHiR & BatiN
Just nak ucapkan Selamat Hari raya kat semua pembaca blog nie....
Tak sabar nak balik rumah.... da lama sangat tak jejakkan kaki kat lantai rumah..hihihi
Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa or terkutuk somebody....
Halalkan makan minum or ilmu....
Posted by Faryna at 12:06 PM 3 comments
Labels: UmUm....
Friday, September 11, 2009
"09-09-09" for 9 BuDak HiTaM
Walaupun da lepas tarikh tu, aq tetap akan ceritakan....
Tarikh tu aq x kan lupa dalam hidup aq sebab bukan senang nak jumpa tarikh yg unik cam nie...
Ada la kena mengena dengan 9 BuDak Hitam....
Seharian kterong x berkumpul or x bersama-sama , kiranya kterong berpecah wat kerja masing-masing...
Aq pergi cari kilang untuk wat assignment OM.. punya banyak kilang yg aq tanya kat Shah Alam tu , satu aje yg nak layan aq... tu pun orang melayu....
Penat giler hari tu... aq balik kolej pukul 12 tengah malam... and terus tidor....
Hope assignment OM kteorang diterima sebab memang susah sangat nak cari kilang untuk interview...sampai kereta yg kteorg naik tu accident... langgar tiang lampu !!!! Habis lampu and bamper belakang pecah.... kesian kat Lan.... die memang da susah payah tolong kteorang carikan kilang hari tu... thank a lot...
Posted by Faryna at 1:59 AM 0 comments
Labels: UmUm....
Monday, August 31, 2009
JouRneY tO UUM....
Last Friday, persatuan smart bawa kteorg pergi Universiti Utara Malaysia,sintok, kedah.
Macam2 yg terjadi. Pihak NOVAC kat uum x wat persiapan yg ready tuk kteorg, sedih jugak la, mcm pendatang asing....
Pengarah program kterong sedih sangat pasal tu... nasib baik pihak MPP UUM o.k... program gan MPP diorang aje yg o.k... kiranya semua berjalan gan lancar cuma pasal majlis berbuka puasa aje, kteorg kena duduk kat kerusi tanpa meja!!!! Bayangkan macam mana kterong nak makan???
Semalam pagi dalam kul 10 kterong bertolak balik n singgah kat padang besar...
First time jejak kat situ and aq dapat hadiah yg sangat bermakna kat situ yg akan aq kenang sampai bila2.
Aq jatuh kat tangga and pinggang aq bergesel dengan bucu anak tangga tu... aduh!!! sangat giler!!! masa tu pas hujan lebat so tangga tu licin, macam main gelongsor masa jatuh , aq hampir nak wat syiela jatuh sekali dengan aq... malu jugak masa jatuh tu.. nasib baik x de org sangat ....
Pinggang aq merah dan bengkak sekarang nie, aq pun rasa macam nak demam .... aq x boleh nak tidur tegak... kena mengiring sebab rasa sakit sangat bila luruskan badan... esok lak ada test OM.. ntah la cam ne nak wat???
Anyway aq lebih sukakan UTM KL dari UUM sintok sebab:
1) UUM jauh sangat2.
2) Asrama die x best.
3) Wireless susah nak dapat kat dlm bilik.
4) X dapat siaran TV malaysia pun dalam bilik just ada TV siam aje yg aq x faham bahasa die.
5) UUM terlalu besar... susah nak pergi ke tempat lain, x de shopping mall...
Posted by Faryna at 2:42 PM 2 comments
Labels: UmUm....
Friday, August 21, 2009
RaMaDhaN yaNg Ku CaRi

Bertekuk lututku disini
Dan memanjatkan doa
Bersembah sujudku ini
Hanya untuk-Mu Allah
Ku hanya mahluk ciptaan-Mu
Yang berlumur dosa
Ampuni segala kesalahanku
Tunjukkan jalan surga-Mu
Ramadhan ini
bulan yang sangat indah
Bulan yang suci
'tuk melebur dosa
Ramadhan ini
bulan yang sangat indah
Panjatkan doa
atas Allah semata
Posted by Faryna at 12:56 PM 0 comments
Labels: UmUm....
Sunday, August 16, 2009
BuDaK HiTam 1 & 3 AcciDenT ????
Betul ke kak min n ami accident??? Betul la...
Diorang kena kat JB td... nasib baik x serius.. just luka2 je..
Tp mesti diorg gah trauma.. abis kete kak min remuk...
Anyway semoga korang cepat sembuh n back to KL as soon as possible..
Posted by Faryna at 7:43 PM 1 comments
Labels: UmUm....
Friday, August 14, 2009
FinaLLy...
Yerh.... finally my download is finish...
@Blood-The Last Vampire@
-the ost is quit good-@the one-face to face
@kataritsugu koto
Finally i got movie of Laskar Pelangi...
-the story is interesting n i like the song very much,terutamanya lagu seroja...
And now , i try to download 'Mati Suri', my brother said this story is quit suspend...but it's same story like the eyes...
Posted by Faryna at 1:48 PM 0 comments
Labels: UmUm....
Wednesday, July 29, 2009
We aRe ThE WinneR...
That was the picture on 25/7/09....
We are playing on futsal,volly ball ,netball and badminton in one day..!!! Bayangkan macam mana kteorng nak kejar game tu.. sebenarnya kteorng just masuk futsal je tp disebabkan x de org so kena la ganti pemain tuk game lain....
Most memorable game is futsal... ada 4 team aje... semua yg lawan kteorg x de pun yg score.. kiranya nie first time la bola yg x de bolos....
HAri ahad tu.. bangun tido aje semua badan sakit-sakit... dengan lengan tangan yg bengkak sebab main bola tampar.... ish memang sakit la satu badan... but now everything is fine.. da sihat da....
Posted by Faryna at 12:05 PM 0 comments
Labels: UmUm....
Friday, July 17, 2009
TiReD dAys....
Arhh... penat sangat ari nie..!!! Kteorg pegi Low Yat.. Abis setiap floor kteorg pusing...
Firstly,fatin cari handset die.. nokia N81.. akhirnya dapat gak die beli...mahal gak
Pas tu ash lak beli printer...
Lastly aku beli MP3 player...
Kteorng tunngu teksi dalam kul 5 pm tp x satu pun yg nak hantar... Kteorg duduk kat situ sampai kul 7 malam... akhirnya muncul lah bas yg pegi ke wangsa maju.. tu aje satu2 nya kenderaan yg boleh hantar aq balik.... satu KL kteorg pusing.... sampai kat kolej dah pukul 8 lebih.. tu yg penat sangat nie....
Posted by Faryna at 10:47 PM 2 comments
Labels: PeRSoNaL....
Tuesday, July 14, 2009
FiNaLLy... MuEt ReSuLT...
Alhamdulillah.... walaupun x lah tinggi,tp o.k lah... Pass la untuk sambung digree..
Memang x nak ambil lagi muet tu, menakutkan !!! Bukan apa time speaking aje yg cuak...
Anyway,congratulation to all my friend yg ambil muet...
Posted by Faryna at 5:36 PM 0 comments
Labels: UmUm....
Sunday, July 12, 2009
I Want EveryThiNgs BaCk To NorMaL..
Janganlah engkau terus bersedih
Seakan tiada lagi hari esok
Kuingin melihat dirimu seperti dulu lagi
Canda tawa di hidupmu
Jangan, janganlah pernah takut
Bahwa kau nanti
Akan sendiri
Jangan, jangan kau ragukan aku
Cintaku ini tuk selamanya
Aku kan disini selalu bersamamu
Walau segala halangan datang menghampirimu
Aku melindungimu
Semuanya akan kembali
Baik seperti yang pernah kau impikan
Tetaplah menjadi dirimu
Seperti dulu lagi
Canda tawa dihidupmu
Apapun cobaan dan rintangan
Akan kita lewati mudah
Jika kamu bersama aku
Posted by Faryna at 5:32 PM 0 comments
Labels: FRienDsHip...
SoRRy FroM mY dEEp HeArT...
Sorry guys for being so rude to you... I din"t mean to do like that.. but i don't feel good when i see you in a strange face....some time happy but some time ???
I still searching the anwers... why ????
I'm so sorry .....
I have song for you guys:..
Lebih baikku berkata benar daripada ku berdusta,
inilah laguku tercipta dari hati yang pilu,
salahkah diriku bila hatiku berkata jujur,
lebih baik ku berkata benar daripada ku berdusta.
telahku fahami bahawa tempatku bukan disini,
maafkan diriku ini aku akan pergi,
lebih baik ku berkata benar daripada ku berdusta.
Posted by Faryna at 5:05 PM 0 comments
Labels: FRienDsHip...
Tuesday, June 2, 2009
NoThiNg To Do..!!!!
Hem.. x jadi kerja.... so terpaksa la duduk umah aje.... result kuar... hampa hatiku!!!!
Bored..!! Bored..!!!
Posted by Faryna at 8:46 PM 1 comments
Labels: UmUm....
Tuesday, May 26, 2009
I GoT InfLuenZa???
hem... da seminggu tekak i sakit!!!! takut gak kena virus H1N1..... anyway jumaat nie i will start my new jod as a promoter in the store..... almost sebulan gak duk umah..nothing to do....
apa khabar 9 budak hitam ekh??? hope u guys sihat n happy... don't stress!!!!
Posted by Faryna at 5:44 PM 2 comments
Labels: PeRSoNaL....
Thursday, May 7, 2009
HoRaYY... EsOk BaLiK...
Akhirnya habis juga paper final... x sangka masa cepat berlalu.. da 2 tahun i jd student kat utm... Td pas abis paper kteorg pergi jusco setiawangsa... makan-makan...hihihi.. meraikan habisnya paper final...
Kteorg makan kat Noodle Station.. berbaloi gak mkn kat situ..murah la.. pas tu kteorg pergi main game kat tingkat atas... i main motor and basikal.... pas tu lak pergi minum-minum kat A&W...
Tak sabar rasanya nak sampai hari esok....
Posted by Faryna at 7:16 PM 1 comments
Labels: PeRSoNaL....
Wednesday, May 6, 2009
SyieLa BaSaH KuYuP ...????


Hahaha......malam td kteorg kenakan syiela... simbah die gan air sejuk from watercooler... memang sejuk sangat !!!! Die ingat da x de pape , x de siapa nak kenakan die lagi sebab da abis birthday die... tp die salah....
Mula-mula i pergi bilik die.. tanya la pasal note purchasing pas tu ckp kat die yg fatin x puas hati gan die..so fatin nak talk face to face malam tu gak..... susah sebenarnya suruh die pergi kat koridoor luar tu....
Kteorg lak da prepare kat tingkat 7 gan baldi yg penuh gan air.... plan kterog nak simbah die dr tingkat 7 kat tangga tu.. so nak suruhla die duduk kat bawah situ.... senangla kteorng nak curahkan aje air....
Tp die tak nak duduk-duduk... hem terpakasal tukar plan... i call handset syiela n ckp i nak ckp gan masturah sebab kat situ ada masturah... masturah da ada kat tangga situ...
Bila die bagi handset kat mas, diorg simbah la air kat syiela.... pas tu i pergi isi lagi air kat baldi kat simbah kat die ....
Posted by Faryna at 6:42 PM 1 comments
Labels: FRienDsHip...
Tuesday, May 5, 2009
HaPPy BiRtHdAy SyiELa....
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Syiela..
Happy Birthday to you......
Kesian die.. 9 budak Hitam x wish pun kat die... sampai sekarang kteorg tak wish pun kat die..
Die da wat muka moody.....
Dari pagi td die asyik ckp pasal hari kelahiran.. tp kteorg wat bodoh aje.....
Anyway...Happy Birthday to syiela yg ke-20 tahun.... da tua tu.......start a new life... don't alway get down and full of stress....
*sebenarnya syiela x pernah pun nak buka blog nie...so klu nak kutuk, die pun tak tahu..hihihi*
Posted by Faryna at 11:07 PM 1 comments
Labels: FRienDsHip...
FiNaLLy MueT SpeAkiNg Is DoNe....
Horay!!!! Akhirnya sampai juga hari yg ditunggu- tunggu dari dulu lagi.... time to speaking in Malaysia University English Test...
Soalan yg i dapat pagi td senang sikit la , tajuk die pasal organ donation.. i dapat bagi pihak patient who can pay more for the organ should be given the organ...
Time individu, hanya allah aje yg tau betapa takutnya nak ckp... tp bila kat task B , group discuss tu senang n enjoy la....
Apa-apa pun semuanya dah beres ari nie!!!!
Paper calculation pun ari nie last... tinggal purchasing aje lagi ari khamis nie...
Tak sabar nak balik rumah ari jumaat nie setelah 4 bulan tak balik.....
I miss my home!!!!!
Posted by Faryna at 10:43 PM 2 comments
Labels: PeRSoNaL....
Friday, May 1, 2009
StRuGGel StuDy MaNaGeRial AccountinG ...
Hem nampaknya semua 9 Budak Hitam gah study managerial giler-giler.... mana tak nya panjang sangat jalan kerja die.... takut gak!!!
Subjek nie je la nak di harapkan....
Anyway good luck for 9 Budak Hitam....!!!!
Posted by Faryna at 6:15 PM 0 comments
Labels: FRienDsHip...
Saturday, April 25, 2009
Friday, April 24, 2009
MaTi Aku..!!!!!
Abis la kali nie , i memang x dapat diselamatkan.... paper finance susah giler!!!! Tak tau nak wat cam ne???? i da study semua chapter yang nak masuk tp still x boleh nak jawab soanlan tu... kenapa la susah sangat soalan die...????
Kali nie i memang very sad!!!! Hanya tuhan aje yang tau perasaan i......
Posted by Faryna at 1:17 AM 0 comments
Labels: UmUm....
Monday, April 20, 2009
FiNaLLy EtiKa iS dOnE !!!!
Picture before masuk Dewan Peperiksaan....hihihi.........
Alhamdulillah... akhirnya etika da abis jawab... senang gak soalan die... pas nie Finance lak.... petang ie i malas nak study la.... nak relaks2 jap... hihihi
Nak wat pe ekh sekarang nie??? tak sabar nak abis semua paper......
Posted by Faryna at 11:49 AM 0 comments
Labels: UmUm....
Saturday, April 18, 2009
PeNinG StUdY EtikA...
Apa la nak study etika nie??? semua bab kena baca... gah tunggu soalan bocor nie tp x sampai2 pun... ish risau la.... seminggu study week nie macam sebulan lamanya... x sabar nak tunggu ari isnin nie....
sekarang nie gah x de elektrik lak... da la musin panas...macam kat gurun sahara... time nak dekat final nie la elektrik wat hal!!!!
Sabar aje la...
Posted by Faryna at 5:16 PM 0 comments
Labels: UmUm....
Sunday, April 12, 2009
StuDy WeeK dA nAk StArT..!!!!!
Herkkk.... study week da nak start!!!! Isnin nie i da nak start study... just tinggal ari nie aje tuk online n gok movie.... pas nie buzy gan study.... takutnya final !!!! First paper, Etika Profesional.. ntah apa i nak baca ntah.. da la lecture tak ckp langsung nak masuk apa???? Hopefully i got soalan bocor!!! hihihi.....
Paper subjek lain lak o.k je.... tp stress ckit r.... kadang-kadang apa yg i baca lain yg masuk final.. geramnya!!! Paper muet lagi... ish... ntah cam ne muet nie????
My Final Exam:
20/4/09-Etika profesional-9.00am
23/4/09-Finance-9.00am
28/4/09-Intermediate Accont.-9.00am
3/5/09-English Communicat.-2.30pm
5/5/09-Managerial Accont.-2.30pm
7/5/09-Purchasing-9.00am
Posted by Faryna at 1:16 AM 0 comments
Labels: PeRSoNaL....
Friday, April 10, 2009
JaNgaN TeGuR..!!!!!
Last day i tengok filem jangan tegur... best gak cite die... seram tu memang seram..!!! ish.. klu nak tau betapa seramnya cite tu tengok la sendiri.... Sepanjang cite tu i memang asyik terkejut aje coz sond effect die kuat sangat.... but anyway i give 4 star for the movie but untuk menakut-nakutkan orang i bagi 5 star.... hantu die seram ah.... make up die manjadi lebih-lebih lagi time julia kena rasuk cam jadi the hulk biru cuma x besar aje... cantik ah make up die.... i like it....!!!!
Nak tau jalan cite die????
cam nie... mula2 julia accident n koma selama 2 tahun... sepanjang die koma tu , die asyik termimpikan baizura aje... baizura nie watak nadia mustafa... die kena kacau gan makhluk halus.. tp tu pun sebab mak su die yg wat benda tu kat die sebab nak dapatkan harta peninggakan arwah nenek baizura. cite baizura nie kisah 2 tahun yg sebelum tu ..sampai lah die hilang ntah kemana... pas julia sedar dr koma, die asyik nampak benda2 pelik aje .... kat umah pun die kena kacau... lastly die mintak tolong adik die temankan die pergi rumah mak su n cari punca.... roh baizura bagi tau yg die kena bunuh gan mak su die sendiri... mayat baizura kena tanam kat satu kawasan nie... pas tu julia pergi balik umah mak su ,tanya kenapa wat cam tu??? suami mak su terdengar... tp mak su bengang n trus pergi jumpa bomoh n suruh kenakan si julia tu.... tu yg julia kena rasuk jd the hulk warna biru tu... at the end of the story julia selamat,mak su pulak yg kena makan balik dengan benda yg die hantar tu!!!!
Posted by Faryna at 12:23 AM 1 comments
Labels: UmUm....
Wednesday, April 8, 2009
LaSt NigHt.......????
What happen last night??? sepatutnya 9 Budak hitam kuar Overnight.... tp tiba2 je cancel !!!!! Sedih sangat,,, semua preparation da siap... da tekan button lift da pun... anyway x pe la x de rezeki nak wat cam ne???? mana tau esok2 ada rezeki....
Posted by Faryna at 5:29 PM 0 comments
Labels: FRienDsHip...
Tuesday, March 31, 2009
JaDi oRanG KeRdiL..????
Hem.. smalam adalah hari penganugerahan untuk JKM.. i terpaksa jadi orang kerdil untuk gimik pembukaan acara.... i jadi watak Hello Kitty..... kelakar juga....!!!!
kteorang terpaksa menari lagu Ang Galing.... Budak hitam 7 gan 4 pun ada gak.... Budak hitam 4 jadi Shin chan n Budak HItam 7 jadi Pooh..lagi sorang tu Fareha.... die jadi watak patrik...
Program tu wat kat Hotel Vistana..... sedap gak makanan diorang.. menu kteroang makanan melayu....
Posted by Faryna at 2:40 AM 1 comments
Labels: UmUm....
Wednesday, March 18, 2009
JoM ke ChiKen BBQ....
Hmm.......i baru balik dari Jusco Setiawangsa, makan kat Chiken BBQ...
Kenyang tersangat-sangat!!! nak termuntah pun ada gak masa makan td.. Td semua Budak Hitam pergi kecuali Budak Hitam 7 sebab tak sihat gan Budak Hitam 5 sebab die makan gan orang lain.. Kteorng order beef stick gan charboiled sandwich... kteorang just beli 4 set je yg lain guna coupon.. nak cite pasal beef stick die nie... ada 2 slice and tebal sangat tp bila makan cepat sangat muak.. kalau makan sorang memang takkan abis,so kteorang bagi-bagi sorang amik 1 slice beef stick sorang amik sandwich... memang tersangat berbaloi kalau sesiapa yg nak gi makan ala barat tu..
Posted by Faryna at 5:36 PM 0 comments
Labels: UmUm....
Saturday, March 14, 2009
8 BuDak HiTam in Ewah-Ewah Show...
Last day,8 Budak Hitam pergi show rakaman Ewah-ewah kat studio mana ntah,Budak Hitam 1 pergi Genting...kteorg pergi dari kul 2 pm sampai kul 11pm..penat tersangat-sangat!!!! Kena berlakon ceria selalu,senyum je...n menjerit!!! sakit tekak nie...Tp kumpulan yg kterong sokong semua kalah.. ada 3 episod kena rakam,so ada 18 orang artis n 3 orang penyanyi jeputan...
First episod:
Tema die Pengantin...semua penonton kena berarak dari belakang sampai ke pentas... Raja azura gan Nabil Pakai baju pengantin..raja azura jd mak penganti...artis die masa tu daffi,raja farah,fiq,intan gan siapa lagi ntah x kenal la....group daffi yang menang!!!! Tercapai hajat Budak Hitam 9 Jumpa Daffi!!!! Artis jemputan die Siti Sarah...
Second Episod:
Kali nie die panggil semua artis veteran, ada rosnah mat aris,osman kering,angelina tan,yg jd inspektor maniam,norlia ghani gan siapa ntah lagi....lawak giler group osman kering wat baju Coli gan pampers...kena potong r markah diorang tp still masuk final gak...artis jemputan die asfar one in million..best giler last sekali masa nyanyi lagu mentera semerah pagi die tukar lirik jd ewah-ewah...
Third episod:
Giler r Ramlah Ram...cam anak dara..lain sangat muka die...die nyanyi lagu favourite i....sukanya!!! artis die imran ajmain tu je yg i kenal, yg lain i x kenal sangat...Raja azura marah giler masa tu sebab nabil asyik main-main aje....
Penat r smalam....tp dapat elaun...berbaloi gak dr x dpt pape...balik aje trus tido...dapat gak amik gambar gan daffi,fiq,imran ajmain gan ramlah ram...puas r..tp pas nie i x rasa nak g lagi pun .. tersangat penat!!!!
Posted by Faryna at 11:22 PM 1 comments
Labels: UmUm....
Thursday, March 12, 2009
SaKiT Nya........
Aduh!!!! Sakit giler......
ARi nie first time i wat treatment buang blackhead kat hidung..
Pakar rawatan tu memang tekan hidung i sekuat-kuat hati die la...
Tak kuar..die tekan lagi sampai kuar...Naik bengkak hidung nie!!!
Nie la first time n last time i wat treatment nie...
Tapi bila pakar rawatan tu kena treatment gak gan customer die ...menjerit-jerit!!!! baru sekejap da nangis..huhuhu!!!!
Kalau sesiapa nakkan khidmat pakar nie silalah datang ke A6-49....
Posted by Faryna at 4:37 PM 1 comments
Labels: UmUm....
Sunday, March 8, 2009
WhaT I'm LooKing FoR ???
If Budak Hitam 4 see for her Novel and Mimie looking for her cameera.
I looking for Full Version VCD or DVD of:
1. Successful Story of a Bright Girl.
2.The Storm Rider (Taiwan Version).
3.The God of Honour (Legend of Naza).
4. Kay Tagal Kang Hinintay (The Long Wait).
5. Soda and Ice Tea ( Thailand Drama Series).
Posted by Faryna at 11:55 PM 0 comments
Labels: UmUm....
Saturday, March 7, 2009
Friday, March 6, 2009
BuDaK HiTaM 6 KeSeoRanGan!!!!
9 Budak Hitam tinggal sama-sama,
Budak Hitam 1 nak balik ke Melaka.
8 Budak Hitam hidup tertekan,
Budak Hitam 7 nak balik ke Pekan.
7 Budak Hitam sudah naik pening,
Budak Hitam 8 nak balik ke Peneng.
6 Budak Hitam makan roti keras,
Budak Hitam 3 nak balik ke Cheras.
5 Budak Hitam asyik buat bising,
Budak Hitam 2 nak balik ke Mersing.
4 Budak Hitam tak tido satu malam,
Budak Hitam 9 nak balik ke Shah Alam.
3 Budak Hitam makan papaya,
Budak Hitam 5 nak balik ke Petaling Jaya.
2 Budak Hitam nak pergi berjalan,
Budak Hitam 4 nak balik Negeri Sembilan.
1 Budak Hitam tinggal sorang-sorang,
Budak Hitam 6 dialah orangnya,
8 Budak Hitam pelawa balik tapi malu katanya,
Kesian giler akhirnya....
Posted by Faryna at 12:42 PM 3 comments
Labels: UmUm....
Monday, March 2, 2009
EvEryThiNgs Is UnDer ConTroL....
Sebenarnya da beberapa hari 9 budak hitam ada krisis dengan budak hitam 5, semuanya missunderstanding je...
kesian budak hitam 5,sorang2 aje pergi kelas.. duduk sorang2.. tak bercakap pun... wat hal die je..
Tak pernah pun kteorng jd cam nie sejak 2 tahun kteorg berkawan, inilah first time...
Apa-apa pun kat sini i nak mintak maaf kat budak hitam 5 sebab selama kita berkawan nie i selalu wat hal sendiri, ko pun rasa tak sedap nak luahkan masalah kat i. I memang cam nie pun.. tp i dengar semua problem,kalau boleh bagi pandangan,i bagilah. Maybe soal cinta i tak arif sangat tp i still bagi solution ikut pandangan i.
So i hope lepas nie semua orang boleh amik ikhtibar dari apa yang da jadi nie.. n tak ulang kesilapan yang sama.. yelah kita sebagai manusia biasa memang banyak melakukan kesilapan.. setiap manusia nie ada sikap n hati die masing2, kita tak tahu hati die cam mana????
I am sorry budak hitam 5!!!!
i hope persahabatan kita kekal sampai akhir nafasku....
Posted by Faryna at 10:55 PM 2 comments
Labels: FRienDsHip...
Friday, February 27, 2009
MeMorY ChildHooD....
.

Memory from Childhood
A chilly and overcast afternoon
in winter. The students
are studying. Steady boredom
of raindrops across the windowpanes.
It is time for class. In a poster
Cain is shown running
away, and Abel dead,
not far from a red spot.
The teacher, with a voice husky and hollow,
is thundering. He is an old man badly dressed
withered and dried up,
who is holding a book in his hand.
And the whole children’s choir
is singing its lesson:
one thousand times one hundred is one hundred thousand
one thousand times one thousand is one million
A chilly and overcast afternoon
in winter. The students
are studying. Steady boredom
of raindrops across the window panes.
AKu Yang Bernama Rynn.....
Dulu aku hanya seorang budak kecil yang hanya tahu bermain sahaja,
apa yang diajar dan disuruh aku ikutkan sahaja,
kerna aku tak mengerti tentang sekeliling aku.
Dugaan satu persatu mendatangi aku sewaktuku membesar,
aku terima dengan hati yang terbuka,
tak pernah sekali pun aku mengalah,
kerna aku tahu ini cabaran yang harus aku tempuh.
Kini aku telah dewasa menjadi seorang yang matang,
baru aku mengerti apa erti kehidupan ini sebenarnya,
sememangnya kehidupan ini indah sekali,
hidup cuma sekali......
Posted by Faryna at 8:53 PM 0 comments
Labels: PeRSoNaL....